Kunjungan saya ke UM, memang tidak terjangka, memandangkan inilah kali pertama saya menerobos dunia bandaraya KL secara berseorangan.Namun,kunjungan saya ke sana bukanlah semata-semata untuk menziarahi sahabat-sahabat UM ataupun melencong ,tetapi atas minat dan keinginan untuk mencari ruang-ruang yang dapat membantu minat saya ini dalam dunia pemikiran.Lagipun minat ini datang setelah saya membaca buku Tuhan Manusia karya Saudara Faisal Tehrani.
Alhamdulillah,dalam keadaan yang kurang bersedia dan agak lewat sampai di UM,saya berkesempatan mengikuti kuliah Dr Zulkefli Ahmad.Saya jelasnya,bukanlah perekod terbaik berbanding dengan saudari Mujahidah yang mampu menyampaikan ataupun recall dengan baik setiap butir bicara si penceramah.Namun di sini ada bebarapa “point” penting yang dapat saya kongsikan dengan pembaca sekalian.Antaranya, seorang pemikir muda memerlukan keberanian dalam meneroka dan berani untuk merintis.Selain itu juga,perlu adanya kelainan dan mereka ini sedikit bebas daripada orang lain.Keempat-empat “point” utama ini,cukup cantik untuk kita fikirkan dan memenifestasikan .Saya mengakui agak sukar untuk kita temui generasi sebegini.Tidak ramai.Daripada pandangan mata kasar,saya boleh meletakkan Saudara Muhd Syaari Abd Rahman dan Wan Rausyanfikir sebagai contoh generasi yang disebutkan tadi.Ada beberapa orang sahabat saya,yang saya boleh beri “kredit” sebagai pemikir muda.
Slot yang kedua,saya berkesempatan mengikuti kuliah Saudara Syed Munawwar menerusi tajuk Warna-Warni Dunia Buku.Penyampaianya yang cukup menarik dan kelebihan beliau sebagai pengacara di RTM memberikan sedikit“ value added”yang cukup baik.Di sini saya cukup tertarik dengan pelbagai genre buku yang patut dibaca oleh anak muda seperti kita ini.Lebih lagi,kita ini adalah pemuda Islam.7 Asas Tiang Seri Negara cukup membuka mata saya dan perlu dikuasai oleh segenap masyarakat lebih-lebih lagi yang bergelar” new generation”.Antaranya:
Histigrafi Malaysia
Ekonomi
Sumber Manusia
Demokrasi Berparlimen
Wacana Nasional dan Budaya
Tadbir -SPRM
-SPR
-Ekskutif
Tuntasnya,bila ditanya 7 ASAS ini,mungkin ramai yang menganga.Begitulah,dalam proses belajar dan mencari ilmu memerlukan keinginan dan konsentrasi yang tinggi.Tidak mengapa andai kita tidak tahu,tetapi jangan biarkan tidak tahu kita ini menjadikan kita malas dan membuat perkara yang sama.Teguran buat diri saya juga.Perjalanan saya tidak terhenti di sini,kerna esoknya,saya berkesempatan mengikuti bengkel yang memberikan ilmu baru kepada saya dan teman-teman yang pergi.Terima Kasih Ya Tuhan..
3 comments:
wah, dah kemas sekarang. wa salute sama lu ah, :) ahaha/
Salam.Tiada apa yang perlu dipuji.Banyak yang perlu dipelajari.lama tak dengar khabar.Syukran di tas nbantuan sokongan dan semangat yang diberi
Salam.Tiada apa yang perlu dipuji.Banyak yang perlu dipelajari.lama tak dengar khabar.Syukran di tas nbantuan sokongan dan semangat yang diberi
Post a Comment