Thursday, September 9, 2010

PERJALANAN YANG CUKUP BERHARGA

Kunjungan saya ke UM, memang tidak terjangka, memandangkan inilah kali pertama saya menerobos dunia bandaraya KL secara berseorangan.Namun,kunjungan saya ke sana bukanlah semata-semata untuk menziarahi sahabat-sahabat UM ataupun melencong ,tetapi atas minat dan keinginan untuk mencari ruang-ruang yang dapat membantu minat saya ini dalam dunia pemikiran.Lagipun minat ini datang setelah saya membaca buku Tuhan Manusia karya Saudara Faisal Tehrani.

Alhamdulillah,dalam keadaan yang kurang bersedia dan agak lewat sampai di UM,saya berkesempatan mengikuti kuliah Dr Zulkefli Ahmad.Saya jelasnya,bukanlah perekod terbaik berbanding dengan saudari Mujahidah yang mampu menyampaikan ataupun recall dengan baik setiap butir bicara si penceramah.Namun di sini ada bebarapa “point” penting yang dapat saya kongsikan dengan pembaca sekalian.Antaranya, seorang pemikir muda memerlukan keberanian dalam meneroka dan berani untuk merintis.Selain itu juga,perlu adanya kelainan dan mereka ini sedikit bebas daripada orang lain.Keempat-empat “point” utama ini,cukup cantik untuk kita fikirkan dan memenifestasikan .Saya mengakui agak sukar untuk kita temui generasi sebegini.Tidak ramai.Daripada pandangan mata kasar,saya boleh meletakkan Saudara Muhd Syaari Abd Rahman dan Wan Rausyanfikir sebagai contoh generasi yang disebutkan tadi.Ada beberapa orang sahabat saya,yang saya boleh beri “kredit” sebagai pemikir muda.

Slot yang kedua,saya berkesempatan mengikuti kuliah Saudara Syed Munawwar menerusi tajuk Warna-Warni Dunia Buku.Penyampaianya yang cukup menarik dan kelebihan beliau sebagai pengacara di RTM memberikan sedikit“ value added”yang cukup baik.Di sini saya cukup tertarik dengan pelbagai genre buku yang patut dibaca oleh anak muda seperti kita ini.Lebih lagi,kita ini adalah pemuda Islam.7 Asas Tiang Seri Negara cukup membuka mata saya dan perlu dikuasai oleh segenap masyarakat lebih-lebih lagi yang bergelar” new generation”.Antaranya:

 Histigrafi Malaysia
 Ekonomi
 Sumber Manusia
 Demokrasi Berparlimen
 Wacana Nasional dan Budaya
 Tadbir -SPRM
-SPR
-Ekskutif

Tuntasnya,bila ditanya 7 ASAS ini,mungkin ramai yang menganga.Begitulah,dalam proses belajar dan mencari ilmu memerlukan keinginan dan konsentrasi yang tinggi.Tidak mengapa andai kita tidak tahu,tetapi jangan biarkan tidak tahu kita ini menjadikan kita malas dan membuat perkara yang sama.Teguran buat diri saya juga.Perjalanan saya tidak terhenti di sini,kerna esoknya,saya berkesempatan mengikuti bengkel yang memberikan ilmu baru kepada saya dan teman-teman yang pergi.Terima Kasih Ya Tuhan..

Saturday, February 6, 2010

Taubat Seorang Pejuang – Ustaz Nasaruddin Tantawi

Masih terngiang – ngiang di telinga saya , perkataan yang pernah dipopularkan oleh al Imam Hassan al Hudhaibi . Perkataan ini sering diulang – ulang oleh naqib saya Syeikh Ahmad Laasyin ( beliau pernah dipenjara bersama Asy Syahid Syed Qutb Rhm ) , dulunya beliau adalah Imam Masjid Syahid di Tanta .

Saya lekatkan banner perkataan tersebut di dinding rumah saya sewaktu menginap di Syari’ al Hulwa berhadapan dengan Madrasah Jil Muslim lil Banat di Tanta satu masa dulu . Masih segar pastinya dalam ingatan ini bersama rakan – rakan seperjuangan yang sangat menghayati makna dan maksud perkataan tersebut.

Perkataannya ringkas tapi nyata ia cukup besar maknanya bagi diriku sebagai seorang pejuang . Ianya bagai satu energy yang cukup luar biasa bagi diri saya sewaktu meredah segala cabaran dan merempuh segala halangan untuk berjaya mencapai status seorang pejuang.

Juga masih dalam ingatan ini , sewaktu kami para nuqaba’ menjalani terapi muhasabah di satu subuh yang hening . Naqib saya masa tu Ust. Musthafa Saari dibantu Ust. Zulqarnain Hassan telah membuat dua garis . Satu garis permulaan dan satu lagi garis akhir . Jarak antara garis mula dengan garis akhir sekitar 10 kaki ( lebih kurang 20 tapak ) .

Kami lebih kurang 12 orang ( kalau tak salah ingatan saya ) berbaris digaris mula dengan arahan supaya memberi fokus kepada setiap tapak yang akan kami lakukan menuju ke garis akhir . Itu pun kalau setiap aktiviti dan amal Islami yang dibacakan oleh Naqib satu persatu dengan penuh tertib telah dilakukan oleh kami secara jujur dan benar .

Setiap amal dan aktiviti yang tidak kami lakukan , pastinya ia mematikan langkah kami . Ada 20 amal dan aktiviti yang dibacakan oleh Naqib dan memadai dengan 20 langkah untuk kami sampai ke garis akhir dengan satu amal yang dilaksana bersamaan satu langkah .

Ayat tema kepada terapi muhasabah ini adalah perkataan yang saya maksudkan tadi :

أقيموا دولة الإسلام في قلوبكم تقم على أرضكم

Tegakkanlah Negara Islam di dalam diri kamu nescaya ia akan tertegak di atas tanahair kamu.

Terapi Muhasabah yang Menginsafkan

Di pertengahan jalan menuju ke garis akhir , nyata waktu itu saya agak terkebelakang berbanding sahabat – sahabat yang lain seperti meluru laju kerana setiap amal yang disenaraikan oleh Naqib rupanya dilakukan oleh mereka dengan baik . Sementara saya gagal dalam banyak amal Islami yang sepatutnya menjadi kewajipan kepada kami para nuqaba’ melakukannya.

Ya, saya masih ingat bagaimana saya gagal untuk puasa isnin dan khamis malah saya juga gagal menginfaqkan sebahagian harta yang saya miliki pada minggu tersebut. Kegagalan demi kegagalan sudah pasti mematikan langkahan saya dan akhirnya saya mula menyedari bahawa kedudukan saya dengan garis akhir agak jauh .

Kedudukan ini tentu sahaja menyebabkan naqib saya (amir) tidak berpuas hati dengan prestasi saya selaku salah seorang dari para nuqaba’ harapannya.

Lalu saya disergah oleh Ust. Musthafa . ” Ust. Din ! anta tengok kedudukan anta sekarang , masih terlalu jauh untuk sampai ke garis akhir ! Anta tahu apa maksudnya ? Maksudnya anta gagal untuk layak sebagai seorang pejuang ! “

Saya cuba bertahan . Menahan gelora emosi yang mula diserang rasa bersalah kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pejuang .

Ust Zulqarnain menambah : ” Ust. Din , kalau macam ni keadaan anta macam mana anta nak jadi pemimpin ? Memimpin Gerakan Islam tidak seperti memimpin persatuan kebajikan ! Kenapa minggu ini prestasi amal anta terlalu lemah ? anta lupa tanggungjawab ? anta bermain – main dengan perjuangan ini ? anta ingat nak jadi pejuang cukup setakat pandai pidato ? kemana perginya semua taujihat yang kami berikan kepada anta selama ini ? “

bertalu – talu persoalan diterjah kepada saya oleh Ust Zulqarnain . Perasaan saya makin sukar dikawal dan akhirnya dalam suasana yang penuh hening disubuh hari , saya menangis kesal . saya meraung penuh insaf .

Suasana agak emosional , saya hampir pengsan dalam esakan yang cukup memilukan , mengenang diri yang nyata tidak layak untuk menjadi seorang pejuang sedang saya selalu mendambakan status sebagai seorang pejuang , malah saya bangga memperkenalkan diri kepada sahabat – sahabat bahawa saya adalah seorang pejuang . Saya malu …

Saya ingat lagi , agak lama juga saya diselubungi rasa bersalah dan saya menangis dan terus menangis sehingga memaksa rakan – rakan anggota madrasah Nuqaba’ yang turut menyertai Terapi Muhasabah itu , memujuk dan menyabarkan saya .

Demikian secebis kenangan 14 tahun yang lalu sewaktu saya direkrut dan dikaderkan oleh abang – abang yang lebih senior dalam perjuangan ini . Sebahagian mereka kini menjadi pemimpin , memimpin Gerakan Islam di negeri masing – masing . Pun turut di akui , ada juga mereka yang dulunya mentarbiyah saya , kini mereka hilang dari peta rajah perjuangan di tanahair hari ini . Mungkin mereka berjuang di luar negara . Wallahua’alam .

Bukan Zaman Rekrut
Sekarang saya dan kita semua berada di medan berbanding sebelumnya kita bagaikan berada di kem . Ertinya kita bukan lagi berada di madrasah nuqaba’ dan tidak juga berada di dalam tamrin panjang ( mua’skar ) yang mana kita dibina , dilatih , dibentuk , dikader , ditegur , dimarah , dibimbing , dipimpin , diajar dan dinasihat oleh pimpinan .

Hari ini kita bergerak meredah cabaran dan menyerap tekanan dengan tahap upaya sendiri berbekalkan skima pentarbiyah yang telah diambil sejak sekian lama .

Cukup lama diri ini tidak ditegur , dididik , dimarah , dibimbing , dinasihat , diajar dan dikader seperti dulu . Logiknya , kalau dulu pun ( dalam suasana pengkaderan ) saya masih gagal dalam banyak aktiviti amal islami , bagaimana saya boleh berjaya dalam suasana begitu lama saya tidak dibimbing dan ditegur ?

Taubat
Sukar sungguh untuk layak jadi pejuang yang tangguh dan tahan uji . Mungkin saya boleh berjaya dalam satu bahagian tetapi gagal dalam banyak bahagian yang lain . Berhadapan pula dengan tekanan dan cabaran dari luar serta tidak kurang karenah dalaman yang cukup menguji kesabaran .

Antara yang membuat diri ini sering gagal ialah keupayaan dan stamina diri yang masih lemah dalam menangkis serangan kemahuan ( nafsu ) yang datang dari diri sendiri . Ianya sering memerangkap dan menjadikan diri ini leka dan lalai dari tanggungjawab dan amanah sebagai seorang pejuang dan pemimpin .

Banyak sungguh dosa diri ini ! Ya Allah , Ampunkan daku ! Syaithan tentu saja gembira dengan perkembangan ini . Ya Allah ! Janganlah Kau biarkan diriku yang lemah ini terkapai – kapai dihanyutkan arus leka dan lalai dibuai nafsu .

Ya Rabbi Ya Allah ! Kurniakan hidayahMu buat diri ini agar aku mampu thabat di atas landasan perjuangan suci ini . Biarpun aku tidak layak menjadi pemimpin tetapi jangan sekali – kali kau biarkan aku tidak layak untuk menjadi pejuang agamaMU ya

diambil dari blog ust nasarudin tantawi

di copy/paste dari blog http://tinta-andikaputeri.blogspot.com/

Monday, November 9, 2009

GMS Pencetus kebangkitan Mahasiswa KUIS!!

Alhamdulillah,dengan berkat usaha,kerjasama dan kekuatan rohani serta sokongan daripada semua pihak,akhirnya penyerahan memorandum menuntut penurunan yuran kepada Datuk rektor terlaksana juga.Sama ada dibuang dalam tong sampah atau diberi perhatian kita tunggu sahaja.

Bermula dengan pengedaran borang kaji selidik, ijtima’ umara,EGM ,speaker corner,rundingan,demonstrasi sehinggalah penghantaran memorandum semuanya berjalan dengan lancar walau banyak mehna dan tribulasi yang dihadapi.
Bagi saya,perkara ini merupakan sesuatu yang baru dan banyak membuka minda saya agar belajar mematangkan diri ,menuntut lebih berfikiran critical dan laju malah belajar mengawal diri serta mula mengenali musuh dan kawan.Jika,dilihat pada situasi kampus lain,mungkin perkara ini sudah magli bagi gerakan kampus di sana dan mungkin lebih dasyhat daripada situasi yang dihadapi oleh gerakan kampus di KUIS.

Asakan demi asakan,desakan demi desakan,tuntutan demi tuntutan yang dilakukan oleh GMS kepada pihak pengurusan agar menurunkan yuran yang sememangnya membebankan pelajar. Sudah lama yakni sejak 2006 lagi rundingan demi rundingan diadakan bagi menuntut penurunan yuran namun langsung dipandang seperti angin lalu.Namun,kemuncak pada tahun ini,menyebabkan tindakan lebih radikal telah diambil oleh satu pertubuhan haram (GMS) sehinggkan mencetus huru-hara bagi pihak pengurusan.
Bukanlah semata-semata untuk “mencapub”,dan menunjukkan kehebatan mahupun popularity,tetapi demi Islam,dan bebanan yang ditanggung oleh mahasiswa menyebabkan perlu ada tindakan mendesak.

Walaupun hebat ditentang oleh pengurusan,MPM,segelintir pensyarah malah mahasiswa ,bermacam-macam ugutan malah dikejar Siput Babi.Namun,perjuangan tetap diteruskan demi Islam yang tercinta.Ya,biarlah digelar golongan berdarah panas hingga menggelegak,bersikap ekstrem,berjiwa pemuda,segalanya adalah positif.Sampai bila mahu digelar katak puru di bawah gelas,pemikiran ala-ala budak sekolah,bersikap pasif,lesu lemau,sampai bila mahu menumpulkan potensi yang ada dan tidak mahu mencambahkan dan mengasak pemikiran.Aduhai,tidak sanggup lagi??

Sunday, August 23, 2009

Perlu Tindakan Pembaikian Segera. ..

Agak sukar untuk saya berfikir dengan cara yang baik.Maksud saya memikirkan perkara dasar dan seterusnya barulah menginjak kepada perkara yang furuk.Kebiasaanya muslimat,agak berjela-jela butir penyampaianya berbanding dengan muslimin yang agak jelas dan ringkas perkara yang disampaikan.
Saya juga agak kurang bijak menyusun kata-kata dan bahasa penegasan dan lontaran idea mahupun cadangan yang tidak tersusun kemas.Saya cukup tertarik dengan cara pengucapan ustaz Dzulkhairi yang agak tersusun dan Umar yang mencetuskan lebih kefahaman.
Dalam,pembacaan juga,saya masih belum terasa eleman rasa dan tahu apa matlamat apa yang dicapai dalam pembacaan.Pembacaan yang baik sebenarnya,akan mencetus elemen suka dan mahu,mencari,mengkaji dan saat akhirnya dia akan memuntahkan kembali apa yang dibaca iaitu dengan cara berkongsi ilmu.

Perjuangan Tetap Diteruskan!!

Salam Ramadhan dan selamat menduduki peperiksaan semester akhir kepada semua pimpinan ALAM,sahabat seperjuangan saya dan semua warga KUIS
seluruhnya.Sudah berlamaan saya tidak mengemaskini blog dan menulis artikel baru,bersawang sudah blog saya ini. Ada beberapa artikel masih berada dalam simpanan yang belum saya letakkan di blog.Insya Allah,sedikit masa lagi saya postkan di dalam blog.Awal-awal lagi saya beritahu,artikel saya belum mampu dapat mengasak minda para pembaca.Saya masih lagi dalam proses pembelajaran untuk menjadi seperti sahabat-sahabt saya yang sering mencabar saya dalam penulisan.Semoga menginjaknya saya pada umur 20 tahun dan berada di tahun akhir dalam bidang yang saya menuntut ini dapat menjadikan saya seorang insan apabila dicampak di mana-mana ada gunanya dan membawa manfaat pada keluarga dan Islam terutamanya.

Oleh : Nurul Syuhada Hj Shuib, Timbalan Presiden Kelab Ma'ruf UIAM

Pada saya, tak salah muslimat bermula dengan satu gagasan berjiwa besar terlebih dahulu, walau hanya sekadar slogan seperti "Muslimat POWER, POWER, POWER !!! " yang dilaungkan bermula dari STIGMA (Simposium Tindakan Gerakan Muslimat Muda ) anjuran GAMIS tak lama dahulu. Tak mengapa mencetus semangat dahulu. Yang penting, langkah seterusnya adalah mencetus 'kesedaran', elemen 'rasa' ini amat penting untuk kekalkan momentum agar ianya boleh melekat lama dalam hati dan minda , bukan sekadar tempelan semangat yang boleh pergi bila-bila masa sahaja. Orang Jepun sendiri dilatih majikan mereka untuk menyebut ikrar kerja mereka 20 kali setiap hari sebelum memulakan sesuatu kerja. Dan seterusnya gunakanlah akal yang bijak untuk bertindak.

Dalam banyak program-program yang saya ikuti tersebut, antara persoalan dan elemen yang pernah dibincangkan adalah berkaitan dengan isu 'gerakan muslimat'. Dalam satu sesi brainstorming saya mencadangkan untuk menerapkan elemen 'feminisme' dalam satu slot yang melibatkan muslimat sahaja. Feminisme bukan dalam ertikata feminisme yang sebenar-benarnya tersebut, tetapi, 'real intention' saya ketika itu adalah untuk menerapkan semangat gerakan muslimat, agar mereka merasai istimewanya menjadi seorang muslimah dan juga tahu di mana posisi muslimat boleh berperanan sewajarnya dengan meningkatkan aspek kepimpinan dalam diri.Mungkin kerana 'wording' 'feminisme' yang saya gunakan tatkala melontarkan idea tersebut menyebabkan saya mendapat respon mengejut dari beberapa orang muslimin dalam nada dan riak muka yang penuh kerisauan. Saya dah mengagak sebenarnya. Tetapi menarik situasi ini.Ada yang mengingatkan supaya saya tidak menerapkan elemen feminisme ini kerana isme feminisme ini sendiri adalah antara ideologi yang ditentang. Ada yang mencadangkan agar elemen feminisme ini saya terapkan dalam elemen leadership muslimat yang juga menjadi fokus yang hendak disentuh pada slot tersebut. Tak kurang ada yang mengatakan, elemen feminisme ini perlu diterapkan sekadar sesuai dengan setakat mana muslimat boleh berperanan. Lalu kisah-kisah sirah bagaimana muslimat berperanan sebagai jururawat tatkala peperangan berlaku di zaman Rasulullah dahulu dikisahkan semula sebagai peringatan. Muslimat lebih banyak yang jadi jururawat berbanding yang mengangkat pedang berperang sesama muslimin. Hujah diteruskan lagi. Begitu risau dan nampak 'tak harap' muslimin-muslimin tersebut pada saya.Saya tersenyum, mula menerangkan dan memberi penjelasan apa yang sebenarnya saya maksudkan.Saya mengharapkan muslimat boleh pergi jauh dari sekadar yang ada muslimat dalam gerakan kini. Fokus saya adalah kepada muslimat muda, srikandi gerakan. Masalah kelesuan muslimat bukanlah masalah baru yang tiba-tiba muncul, tapi sebenarnya masalah yang telah lama berakar umbi dalam gerakan kita. Hinggakan beberapa sesi kepimpinan PMI-PMI di banyak kampus yang saya perhatikan, termasuk di luar negara, masing-masing pernah meletakkan tunggak 'kebangkitan muslimat' sebagai salah satu fokus dalam ucapan dasar Presiden mereka. Muslimat sentiasa istimewa, sentiasa unik dan berharga. Justeru, treatment rawatan yang diterima juga perlu sentiasa istimewa.

Menyelusuri Sejarah Gerakan Feminisme


Feminisme ialah himpunan teori sosial, gerakan politik, dan falsafah moral yang sebahagian besarnya didorong oleh atau berkenaan dengan pembebasan perempuan daripada penindasan oleh kaum lelaki. Dalam istilah yang mudah, feminisme merupakan kepercayaan kepada kesamaan sosial, politik, dan ekonomi antara kedua-dua jantina, serta kepada sebuah gerakan yang dikendalikan berdasarkan keyakinan bahawa jantina harus tidak merupakan faktor penentu yang membentuk identiti sosial atau hak-hak sosiopolitik dan ekonomi seseorang.Sejarah gerakan feminisme ini bermula pada abad ke-18 akibat kemelut yang dialami dan dirasakan oleh golongan wanita. Perjuangan kaum wanita dalam memperoleh hak-haknya pun berlangsung cukup lama. Ini disebabkan beberapa diskriminasi yang kerap terjadi dalam kehidupan seharian mereka, diantaranya, sekatan terhadap kebebasan wanita dalam segala bidang, baik sosial, pendidikan, ekonomi, politik, budaya, sains, pekerjaan dan banyak hal lainnya. Bahkan laki-laki ketika itu menjadi sangat dominan dan superior dibandingkan wanita, sehingga mereka selalu diletakkan di bawah lelaki.Wanita ketika itu bukan hanya tidak mendapat tempat dalam masyarakat, apatah lagi mereka dipergunakan segala macam cara, perbuatan-perbuatan tersebut tidak mencontohkan bahawa golongan ini dilayan dengan peri kemanusiaan. Dalam tamadun china, golongan wanita ini kebanyakannya ditangkap atas arahan maharaja untuk dijadikan gundik mereka. Dipisahkan dengan keluarga dan apatah lagi dipaksa menjadi gundik diraja. Dalam tamadun india pula golongan wanita yang ingin berkahwin pula yang dipaksa membayar mahar atau dowry kepada bakal suami mereka. Dan selepas mereka berkahwin, keluarga mertua boleh melakukan apa-apa saja terhadap si isteri. Tamadun arab pula merendahkan wanita serendahnya. Mereka adalah semata-mata simbol seks dan dianggap hina dalam masyarakat. Anak perempuan yang dilahirkan ditanam hidup-hidup ataupun disembunyikan seumur hidup bagi mengelakkan malu. Menjadi budaya mereka isteri ditukar-tukar sesuka hati dan ada pula yang mempunyai sehingga puluhan isteri. Kebajikan mereka tidak pernah diambil berat dan mereka dipergunakan sesuka hati.
Gerakan wanita yang dikenal dengan gerakan feminisme dipelopori oleh Lady Mary Wortley Montagu dan Marquis de Condorcet bertepatan dengan kelahiran era Pencerahan di Barat. Kata feminisme diciptakan pertama kali oleh aktivis sosialis utopis, Charles Fourier pada tahun 1837. Menjelang abad ke 19 feminisme lahir menjadi gerakan yang cukup mendapatkan perhatian di Eropah. Perempuan di negara-negara penjajah Eropah memperjuangkan apa yang mereka sebut sebagai universal sisterhood.
Pergerakan center Eropah ini berpindah ke Amerika dan berkembang pesat sejak penerbitan buku John Stuart Mill, the Subjection of Women (1869). Perjuangan mereka melahirkan feminisme gelombang pertama.

Gerakan Feminisme "Islamik" atau Gerakan Muslimat ?

Apabila ditelusuri sejarah gerakan feminisme ini, sebab dan punca kewujudannya, gerakan seperti ini di zaman kini seolah-olah sudah tidak releven lagi untuk diperjuangkan. Kerana sebab, punca kewujudannya juga telah hilang seperti mana kaedah fiqh yg ada menyatakan Gugur sesuatu hukum, disebabkan gugurnya sebab kewujudan hukum tersebut ”

Dengan kedatangan Islam, wanita dibela habis-habisan, seolah-olah diangkat dari kubangan lumpur yang sangat dalam. Bukan hanya di kalangan wanita pada umumnya, lebih khusus lagi Islam juga melakukan pembelaan kepada mereka yang lemah dan tertindas, seperti anak-anak perempuan yatim, ataupun kanak-kanak.Wanita diberikan hak yang sepatutnya mereka miliki, sesuai dengan fitrah kejadian seorang wanita yang mana Al-Khaliq Allah Taala jua yang lebih mengetahui.

Wanita diangkat martabatnya sebagai golongan yang mulia. Status seorang ibu hinggakan menjadi kunci syurga buat anak-anaknya. Dalam hal-hal ketaqwaan dan keimanan, langsung tidak Allah bezakan antara lelaki dan wanita. Malah kini, wanita terus melangkah dengan lebih jauh, turut mengambil peluang dalam aspek kepimpinan dan pentadbiran negara. Dewasa ini, bukan sahaja wanita memiliki kuantiti yang ramai, malah turut mampu melahirkan individu-individu yang berkualiti.

Di sebalik pelbagai kemelut yang dihadapi wanita kini, seperti isu-isu penindasan hak, penderaan dalam rumahtangga, kes-kes rogol dan ragut yang selalu wanita menjadi mangsa, gerakan feminisme yang berteraskan kepada konsep perjuangan persamaan hak antara lelaki dan perempuan demi sebuah cogankata ‘keadilan sejagat’ bukanlah penyelesai terbaik untuk menyelesaikan isu-isu yang telah disebutkan sebentar tadi.

Isu persamaan antara lelaki dan wanita bukanlah isu sebenar yang perlu diperjuangkan. Ianya hanyalah sekadar satu tempelan atau alasan golongan-golongan tertentu yang berselindung disebalik hakikat bahawa mereka tidak faham dan tidak mahu menggunakan Islam dan syariat Allah sebagai penyelesai kepada segala masalah. Justeru, wanita kini tidak memerlukan gerakan feminisme seperti ini, tetapi apa yang diperlukan adalah sebuah gerakan muslimat @ wanita yang mampu berperanan sepertimana yang Islam telah gariskan. Kita juga tidak perlu lagi kepada Gerakan Feminisme Islamik kerana jika kita letakkan dasar perjuangan feminisme sepertimana yang termaktub dalam definisi sebenar feminisme itu sendiri, mustahil ianya boleh jadi Islamik.
Tapi, andai kita ingin mendefinisikan semula gerakan feminisme ini dengan dasar dan corak bentuk seperti yang Islam gariskan, mengapa tidak kita berintima’ dengan gerakan yang seperti ini? Mungkin SIGMA ( Srikandi Gerakan Muslimat Muda ) sayap kiri GAMIS adalah jawapannya.

"Treatment" Buat Muslimat


Saya sudah lali, sudah mangli dengan ungkapan 'pelemah semangat' yang sering dituturkan
muslimin tatkala melihat ada muslimat yang mungkin pada pandangan mereka 'agak menonjol' dan 'terkehadapan'. Saya juga sudah biasa sangat dengan persepsi-persepsi kaum Adam, dengan pandangan dan lirikan sinis mereka tatkala saya bangun untuk memberikan pandangan dalam mesyuarat-mesyuarat yang dijalankan. Tak kurang ada yang senyum-senyum, gelak-gelak, berbisik-bisik. Pelbagai reaksi ditunjukkan. Kebiasaannya pula dalam sesi muhasabah muslimin-muslimat, pernah ada seorang muslimin menyatakan yang dia pelik dengan saya yang tak serik-serik untuk bangun dan bagi pandangan walaupun saya pernah dikritik dan kehadiran saya kadang-kadang 'tidak disenangi' muslimin kerana 'menggugat' mereka. Saya tak katakan semua muslimin begini. Ada segelintirnya memang absolutely macam ni ! Saya tak kata saya bagus sangat, sebab saya memang tak bagus sangatlah saya masih tidak boleh diterima oleh semuanya!Salah satu sebab muslimat terus terkebelakang antaranya kerana inilah. Tak tahan dengan penangan dan kerenah muslimin yang jenis ni. Tapi hakikatnya, sebab ini bukanlah 'real problem' kepada kelesuan gerakan muslimat, tapi hanya sekadar 'presented problem'. Realnya muslimat selalu berdepan dengan masalah krisis keyakinan diri, rasa rendah diri (inferior) yang tak bertempat, malu yang tak perlu dan juga dibuat-buat. Pergi lebih dalam lagi, muslimat sebenarnya selalunya sangat kurang membaca, kurang kemahiran. Inilah antara penyebab utama pada pandangan saya, gerakan muslimat tak boleh sekencang gerakan feminisme liberal yang lain, tak mampu pergi jauh memimpin dan membuat perubahan.Justeru, muslimat perlu 'sedar' dan 'terasa' akan hakikat ini. Saya sendiri sebenarnya cukup-cukup terasa. Saya tahu ada insan-insan di luar sana yang mengatakan yang muslimat "POYO" , bercakap je lebih dari tindakan. Bercakap pulak kosong, tak berisi. Itupun kalau bercakap, berdozen-dozen muslimat hanya mampu menjadi tukang angguk dan tukang geleng sahaja dalam mesyuarat-mesyuarat penting, hingga kadang kehadiran mereka tak dirasai pun. Inilah antara agenda-agenda ujian yang menguji gerakan muslimat.
Pada saya, tak salah muslimat bermula dengan satu gagasan berjiwa besar terlebih dahulu, walau hanya sekadar slogan seperti "Muslimat POWER, POWER, POWER !!! " yang dilaungkan bermula dari STIGMA ( Simposium Tindakan Gerakan MUslimat Muda ) anjuran GAMIS tak lama dahulu. Tak mengapa mencetus semangat dahulu. Yang penting, langkah seterusnya adalah mencetus 'kesedaran', elemen 'rasa' ini amat penting untuk kekalkan momentum agar ianya boleh melekat lama dalam hati dan minda , bukan sekadar tempelan semangat yang boleh pergi bila-bila masa sahaja. Dan seterusnya gunakanlah akal yang bijak untuk bertindak.Sekadar sedikit luahan rasa saya buat semua muslimat, srikandi gerakan. Kita boleh melangkah jauh, yang penting sedar kenapa kita perlu melangkah, ke mana hendak melangkah dan bagaimana hendak melangkah. Mulakan dengan langkah yang pertama hari ini.

Wallahu a'lam.

- Penulis boleh dikenali di srikandiharakah.blogspot.com



TAHNIAH UNTUK 2K!

Agak kecewa dan terkilan juga,apabila dua event besar iaitu Kongres pendidikan dan konsert antara Dunia(2 K),saya tidak berkesempatan untuk ikuti dan sertai.Kedua-duanya dianjurkan oleh GAMIS selaku badan utama gerakan mahasiswa.

Seingat saya,sebelum berlangsungnya kongres,saya kurang yakin dan memandang sepi kongres ini.Namun,apabila melihat semangat dan komitmen ukh Hayati dalam menghadiri mesyuarat demi mesyuarat sehingga larut malam menjadikan saya mula optimis dan cukup teruja.Saya mengakui sepanjang gerak kerja kongres,saya langsung tidak membantu dan mengambil tahu perkembangan kongres.Tiba di hari kejadian,saya dipujuk lagi oleh ukh Hayati supaya pergi juga,dan beliau sertakan sekali cara perjalanan untuk ke sana.Namun,saya tidak hadiri juga.Alasanya,kebetulan saya baru balik ke rumah untuk bercuti,dan belum puas rasanya untuk melepaskan rindu pada keluarga tercinta.Nah,selang beberapa minggu kongres berakhir, ukh hayati menghadiah kan saya bahan-bahan tentang kongres,tidak mampu saya ucapkan.Pabila saya,membaca dan menyelak kertas kerja kongres,saya rasa kecewa pada diri,manakan tidak program sebeginilah yang patut saya ambil peluang untuk saya mengetahui dan menimba sebanyak mana maklumat tentang serangan wabak secular dalam system pendidikan.

Kedua,disebabkan komitmen pada karnival Jom ke masjid,terlepas sekali lagi saya dengan program anjuran gamis yakni konsert antara dunia.Sebelum itu juga,saya turut memandang sepi pada konsrt tersebut,Namun,sekali lagi saya dikejutkan dalam lenaan tidur, apabila,melihat kak dhiya’kak shira,fazreen.amalina,kak as yang pulang hampir lewat pagi untuk memerah keringat dan idea bagi merencanakan gerak kerja konsert.Saya mula bernada optimis pabila melihat poster,flayers yang diedarkan di kuis cukup cantik grafiknya akan mengundang satu fenomena di mana mahsiswa juga mampu menganjurkan konsert yang hebat tetapi berpaksikan syariat islam.Sambutan yang dapat di terima,amat menggalakan dan tahniah yang mampu saya ucapkan!

Syabas dan tahniah pada GAMIS kerana berjaya menjalankan dan menganjurkan program yang baik ini.Saya yakin dan pasti,sampai bila GAMIS perlu menganjurkan program yang cikai-cikai,padahal Gamis mampu pergi dengan lebih jauh.Nah,sudah terbukti jua Gamis yang diterajui oleh anak muda mampu melakukanya.

“KITA MAMPU PERGI LEBIH JAUH”