Monday, November 9, 2009

GMS Pencetus kebangkitan Mahasiswa KUIS!!

Alhamdulillah,dengan berkat usaha,kerjasama dan kekuatan rohani serta sokongan daripada semua pihak,akhirnya penyerahan memorandum menuntut penurunan yuran kepada Datuk rektor terlaksana juga.Sama ada dibuang dalam tong sampah atau diberi perhatian kita tunggu sahaja.

Bermula dengan pengedaran borang kaji selidik, ijtima’ umara,EGM ,speaker corner,rundingan,demonstrasi sehinggalah penghantaran memorandum semuanya berjalan dengan lancar walau banyak mehna dan tribulasi yang dihadapi.
Bagi saya,perkara ini merupakan sesuatu yang baru dan banyak membuka minda saya agar belajar mematangkan diri ,menuntut lebih berfikiran critical dan laju malah belajar mengawal diri serta mula mengenali musuh dan kawan.Jika,dilihat pada situasi kampus lain,mungkin perkara ini sudah magli bagi gerakan kampus di sana dan mungkin lebih dasyhat daripada situasi yang dihadapi oleh gerakan kampus di KUIS.

Asakan demi asakan,desakan demi desakan,tuntutan demi tuntutan yang dilakukan oleh GMS kepada pihak pengurusan agar menurunkan yuran yang sememangnya membebankan pelajar. Sudah lama yakni sejak 2006 lagi rundingan demi rundingan diadakan bagi menuntut penurunan yuran namun langsung dipandang seperti angin lalu.Namun,kemuncak pada tahun ini,menyebabkan tindakan lebih radikal telah diambil oleh satu pertubuhan haram (GMS) sehinggkan mencetus huru-hara bagi pihak pengurusan.
Bukanlah semata-semata untuk “mencapub”,dan menunjukkan kehebatan mahupun popularity,tetapi demi Islam,dan bebanan yang ditanggung oleh mahasiswa menyebabkan perlu ada tindakan mendesak.

Walaupun hebat ditentang oleh pengurusan,MPM,segelintir pensyarah malah mahasiswa ,bermacam-macam ugutan malah dikejar Siput Babi.Namun,perjuangan tetap diteruskan demi Islam yang tercinta.Ya,biarlah digelar golongan berdarah panas hingga menggelegak,bersikap ekstrem,berjiwa pemuda,segalanya adalah positif.Sampai bila mahu digelar katak puru di bawah gelas,pemikiran ala-ala budak sekolah,bersikap pasif,lesu lemau,sampai bila mahu menumpulkan potensi yang ada dan tidak mahu mencambahkan dan mengasak pemikiran.Aduhai,tidak sanggup lagi??

4 comments:

Unknown said...

can u give us the facts?

Or u dont know anytinhg except jamaat, wala' , baiah , syura? U just know that?

Im so pity with u.

Facts by facts, my sister. Not emotional radical. People and students want to know what ur facts. DOnt tell us what ur prinsip, tribulation, or what else.

We dont want to know it.

Understood??

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA said...

Erm...memang senang mengaku membela islam..yang menghairankan anda memusuhi islam itu sendiri...islam itu benar...jadi carilah kebenaran sebelum anda mengaku anda benar...ahli GMS terlalu yakin anda berada dipihak yang benar...siapakah yang mengatakan anda benar....kaca mata siapa ?

http://mahasiswa-kuis-kisdar.blogspot.com/

sYaZa aMaLiNa iBraHim said...

assalamualaikum..teruskan perjuangan. kami sentiasa berdiri di belakang kamu..

Unknown said...

MB dah Confirm yuran takkan turun….puak GMS..boleh start isi borang merah

jambu kat JPA…

dengar kata IPTA khas untuk GMS akan di buka , kemasukan minimum cuma 3

kredit…(nak wat camno..tak layak masuk IPTA sebab SPM cukup2 mkn je )

Dengar kata jugak yuran tak yah bayar sebab.. belajar berlantaikan bumi

berbumbungkan langit (mesra alam)…

Asrama jugak tak yah bayar sebab pelajar boleh bwk khemah sendiri..minum

air tasik…

Suabas GMS anda telah berjaya.dalam perjuangan anda..