Sunday, August 23, 2009

TAHNIAH UNTUK 2K!

Agak kecewa dan terkilan juga,apabila dua event besar iaitu Kongres pendidikan dan konsert antara Dunia(2 K),saya tidak berkesempatan untuk ikuti dan sertai.Kedua-duanya dianjurkan oleh GAMIS selaku badan utama gerakan mahasiswa.

Seingat saya,sebelum berlangsungnya kongres,saya kurang yakin dan memandang sepi kongres ini.Namun,apabila melihat semangat dan komitmen ukh Hayati dalam menghadiri mesyuarat demi mesyuarat sehingga larut malam menjadikan saya mula optimis dan cukup teruja.Saya mengakui sepanjang gerak kerja kongres,saya langsung tidak membantu dan mengambil tahu perkembangan kongres.Tiba di hari kejadian,saya dipujuk lagi oleh ukh Hayati supaya pergi juga,dan beliau sertakan sekali cara perjalanan untuk ke sana.Namun,saya tidak hadiri juga.Alasanya,kebetulan saya baru balik ke rumah untuk bercuti,dan belum puas rasanya untuk melepaskan rindu pada keluarga tercinta.Nah,selang beberapa minggu kongres berakhir, ukh hayati menghadiah kan saya bahan-bahan tentang kongres,tidak mampu saya ucapkan.Pabila saya,membaca dan menyelak kertas kerja kongres,saya rasa kecewa pada diri,manakan tidak program sebeginilah yang patut saya ambil peluang untuk saya mengetahui dan menimba sebanyak mana maklumat tentang serangan wabak secular dalam system pendidikan.

Kedua,disebabkan komitmen pada karnival Jom ke masjid,terlepas sekali lagi saya dengan program anjuran gamis yakni konsert antara dunia.Sebelum itu juga,saya turut memandang sepi pada konsrt tersebut,Namun,sekali lagi saya dikejutkan dalam lenaan tidur, apabila,melihat kak dhiya’kak shira,fazreen.amalina,kak as yang pulang hampir lewat pagi untuk memerah keringat dan idea bagi merencanakan gerak kerja konsert.Saya mula bernada optimis pabila melihat poster,flayers yang diedarkan di kuis cukup cantik grafiknya akan mengundang satu fenomena di mana mahsiswa juga mampu menganjurkan konsert yang hebat tetapi berpaksikan syariat islam.Sambutan yang dapat di terima,amat menggalakan dan tahniah yang mampu saya ucapkan!

Syabas dan tahniah pada GAMIS kerana berjaya menjalankan dan menganjurkan program yang baik ini.Saya yakin dan pasti,sampai bila GAMIS perlu menganjurkan program yang cikai-cikai,padahal Gamis mampu pergi dengan lebih jauh.Nah,sudah terbukti jua Gamis yang diterajui oleh anak muda mampu melakukanya.

“KITA MAMPU PERGI LEBIH JAUH”

No comments: