Sunday, August 23, 2009

Komentar Pertama : oleh Tim.S/U ALAM


Selepas isu panas yang membabitkan ALAM sudah mulai redha,saya berasa amat kecewa,apabila hantu-hantu yang cuba menimbulkan provokasi untuk menjatuhkan ALAM tidak muncul-muncul.Sehingga ke hari ini,peristiwa yang cukup menjatuhkan maruah ALAM,dibiarkan begitu sahaja.Bukan tujuan saya untuk menimbulkan kehangatan “isu spotcheck”tetapi saya merasakan seolah-olah hukuman yang kami terima ini tidak adil kerna didiamkan begitu sahaja serta tidak wajar.Ibarat orang lain yang melepaskan tahi,orang lain pula yang dapat baunya.


Seusai,kejadian panas itu berlaku,saya ada juga meminta pandangan daripada sahabat-sahabat sebilik saya, mengenai isu ini.Jawapan yang diberi,cukup mengembirakan saya,mereka semua menyokong ALAM dan menggap perkara ini hanya dicetuskan oleh pelajar-pelajar baru.Memandangkan kejadian yang seumpama ini pernah berlaku semasa kami mendiami blok lama.Pada malam kejadian tersebut juga,pelbagai kutukan,hinaan mahupun cemuhan yang kami pimpinan muslimat ALAM hadapi.Namun,bukan provokasi itu yang kami emosikan,tetapi akhlak siswi kuis yang mendiami BOT,dengan selamba badak berdiri ditingkap,di tangga tanpa memakai tudung dan menjerit macam orang gila.Namun,disebabkan situasi yang agak panas ketika itu,kami terpaksa diamkan diri yakni tidak menegur.
Keesokan harinya,dengan kadar segera,ALAM telah mengedarkan “risalah segera”bagi menjelaskan perkara sebenar kepada semua warga kuis bahawa ALAM langsung tidak terlibat dengan spotcheck pada malam kejadian.Ketika Gerak gempur risalah dijalankan,feedback yang kami terima daripada penghuni asrama siswi,mereka tidak memandang negative pada ALAM malah ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang kejadian sebenar,walaupun masih ada yang takut untuk membuka pintu bilik.


Walaupun isu ini mungkin sudah basi,dan saya seorang yang lambat untuk memberi komentar mahupun pandangan,namun saya yakin perkara dan fitnah sedemikian akan berlaku mungkin pada masa-masa akan datang.Saya juga merasakan,ada hikmah dan sebab berlakunya sedemikan,berkemungkinan Allah mahu menguji kami tidak pun mungkin selama ini hubungan kami dengan maha pencipta tidak dijaga dan demi untuk menyedarkan kami juga.


Walau apa pun yang berlaku,ALAM tetap akan menjadi satu wadah yang akan meneraju dakwah dikampus,Sedikit calaran yang berlaku,ALAM sesekali tidak akan gentar bahkan calaran itu menjadikan kami lebih bersemangat menerusi dakwah murni ini!

“Bangkit Alam!Bangkit!”

1 comment:

Unknown said...

Yeah! Macam ni baru rock!