Sunday, October 19, 2008

WADAH ILMU PENGETAHUAN

Sikap ambil mudah terhadap dunia semasa menyebabkan mahasiswa pada masa kini semakin jumud dilahirkan .Malah wadah yang paling dekat dan memang sebati dengan ‘new idea’telah dijadikan sebagai bahan yang penting ketika kemuncak peperiksaan.Di manakah hilangnya ilmu yang spatutnya dijadikan suatu amalan ?Adakah di sebabkan serangan hedonisme yang melampau menyebabkan kebekuan dan kebenjatan fikiran hingga ransangan untuk membaca semakin hilang dan pudar?

Bacalah wahai anakku,semaikan sikap suka membaca,jadikan buku sebagai teman hidupmu.dan jangan lupa kongsikan segala ilmu yang didapati agar tidak hilang begitu sahaja.Cukup lembut nasihat ini.Sedar atau tidak bangsa arab digelar sebagai bangsa yang bodoh sebab tidak tahu membaca!Nah takkan kita pula yang merupakan umat nabi Muhammad ingin digelar begitu?Ingatkah pada zaman Rasullah ,ilmu pengetahuan cukup ditekankan?Nabi berpesan kepada sahabatnya agar belajar.fahamkan,hafalkan dan amalkan ilmu yang dipelajari.cukup sempurnakan.Aduhai kalaulah semua mahasiswa sebegini,alangkah bertuahnya.

Analisa menunjukkan bahawa rata-rata rakyat Malaysia membaca sebuah buku dalam setahun?Nah inikah modal insan yang ingin dimenifestasikan oleh negara?Pemimpin sibuk melaungkan tentang perkara ini.Tetapi rakyat malah pemimpin yang masih bangun tidur agaknya bersikap sebegini.Sebagai contoh baru-baru ini media terutama pembangkang banyak memaparka gambar “Pak lah”yang tertidur dalam sesuatu majlis atau persidangan.Malah ada juga membandingkan Pak Lah dengan Dr mahathir,dengan tabiat suka membaca.Fikir,fikirkanlah.Memang tidak dinafikan ilmu bukan semata-mata pada buku tapi “Iqra”bacalah.Wahyu yang pertama diturunkan kepada nabi Muhammad.jadi tidak perlu disangkal pentingnya membaca sebagai wadah penerang hati.

Menurut Saudara Badrul Sani dalam bukunya yang bertajuk Bijak Berbicara Mencuit Rasa,pentingnya membaca.Hal ini kerana dengan membaca kita dapat melontarkan idea dan berkongsi dengan audien tentang tajuk yang dibincangkan malah salah satu cara untuk kita menjadi pembicara gemilang.kadang kala ada sesetengah pendapat mengatakan ilmu boleh didapati dan dipelajari daripada seseorang dan melalui pengalaman.Memang tidak boleh dinafikan,namun menjadi tanda tanya,sejauh mana mahasisiwa sebegini dapat dilahirkan,mungkin boleh dibilang dengan jari.”Tepuk dada tanya selera”.Barangkali semua sedari,bahan-bahan berbentuk picisan,hiburan,sering menjadi bahan bacaan yang digemari oleh generasi pada masa kini.Malah agak memeranjatkan,kerajaan pula bercadang ingin memansuhkan buku-buku komsas yang ditulis oleh pengarang yang berkaliber seperti A Samad Said,Usman Awang,Faisal Tehrani sebaliknya ingin digantikan pengarang seperti seperti ahadiat akashah,aleya anesa,……….
alasan yang diberi pelajar tidak berminat lagi antologi atau novel klasik dan berat.Alasan yang cukup tidak relevan langsung.ini sudah menunjukkan orang atasan sendiri turut malas membaca malah menjadi satu virus yang memang serius…

1 comment:

Mujahidin said...

berkongsi dengan audien mana audien ALAm atau seluruh audien diluar sana...saya semakin pelik dengan budak2 ALAM ni dari ketua sampai bawah..
saya tak nak dedahkan pemerhatian saya terhadap alam dan pendapat majoriti student terhadap ALAM

berfikir sejenak lebih baik dari melalut berkata@