Sunday, October 19, 2008

Kelesuan Pejuang Muslimat Dalam Dunia Haraki.

Urwatul Wusqa 3
Suara yang mengetuk pemikiran kita…

Kelesuan Pejuang Muslimat Dalam Dunia Haraki.

By: Sworld 63.

Cukup bergema laungan takbir daripada salah sebuah jamaah muslimat kampus tersebut hingga menggetarkan jiwa kepada sesiapa yang mendengar. Keaktifan mereka kadang-kadang menimbulkan sedikit kecemburuan di hati ini. Hinggakan manhaj dan aktiviti mereka sering menjadi bahan eksperimen kami. Namun, selang beberapa tahun kemudian aku bertemu dengan jamaah muslimat terbabit. Kali ini mereka hanya berdua, yang berjaya ku temui. “Kak, sahabat yang lain dimana…?” “Entahlah dik, katanya kurang berminat dan tiada masa untuk join…”

Mungkin boleh dijadikan renungan buat seketika kepada pejuang-pejuang muslimat yang masih berada di dunia kampus. Boleh dikatakan kita semua akan terjun ke dalam dunia masyarakat dan mendapat gelaran aktivis pula. Baru-baru ini saya berpeluang bertemu dengan Dr Halimah Ali. Tiba-tiba ada satu perasaan menyelinap di jiwa saya apabila beliau berucap ketika program dakwah. Berapa ramai golongan aktitivis muslimat yang sanggup berkorban masa, harta, keluarga semata-mata mahu berkhidmat kapada Islam? Saya berfikir sejenak, saya yang berumur setahun jagung ini pun masih ada perasaan malas dan seringkali merungut apabila dipanggil. Inikan pula beliau yang setiap masa perlu memenuhi permintaan rakyat.

Apa yang boleh saya katakan,keterlibatan muslimat dalan dunia haraki agak lesu. Mengapa, mengapa dan mengapa kelesuan berlaku? Mengikut statistik daripada sumber yang boleh dipercayai hanya 2/100 daripada muslimat kampus yang aktif dalan dunia haraki. Manakala selebihnya agak suam-suam kuku. Maaf secara jujurnya saya belum membuat kajian secara detail lagi.Tetapi pandangan mata secara kasar, apa yang boleh saya katakan, antaranya:

Halangan suami.

Tetapi saya akan tabik kepada muslimat yang berjaya melarikan diri daripada bayangan suami. (Bukan Dr Wan Azizah ye. Secara jujurnya beliau masih di bayangi DSAI.) Maksudnya saya melihat keputusan terletak di tangan suami. Jadi mahu tidak mahu kepentingan suami perlu diutamakan walaupun di dalam hati sisa dan roh haraki masih ada.

Bebanan.

Saya lebih memusatkan faktor bebanan kepada masa. Ya manakan tidak, masa pada suami, kerjaya, anak-anak hinggakan kadang-kadang jika tidak diselenggara dengan baik boleh membawa masalah yang lebih besar.

Biah solehah.

Kurangnya suasana biah solehah diwujudkan tidak kira keluarga, masyarakat, dunia pekerjaan bahkan ibu bapa sendiri. Memang tidak dinafikan di mana-mana sahaja ada unsur sekularisma dan hedonisma yang kadang kita sendiri yang wujudkan.

Sokongan ahli jamaah.

Tanpa kekuatan jamaah, kerja-kerja membina masyarakat dari segi kemanusiaan tentunya sukar dilakukan. Oleh yang demikian amat perlu padanya harakah, amal jamaie dan organisasi. Apa yang boleh dikatakan selepas tamat di alam kampus kita akan bergerak mencari haluan sendiri.Tetapi sejauh mana kita akan bersama?

Ya, hanya ini yang dapat saya kemukan berdasarkan pemerhatian saya. Ingat wahai muslimat gerakan kampus jangan hanya bersemangat "super saiya", tetapi apabila terjun ke dunia masyarakat, macam "chipsmore" walhal kita sendiri yang mengkagumi Aishah, Sumayyah, dan ramai lagi.

Tidak semestinya turun ke kancah demonstrasi . Sa’id Abdullah Seff al-Hatimy menyebutkan dalam bukunya Women In Islam,

“Kami melihat wanita Islam mengambil bahagian dalam jihad sewaktu zaman Rasullah S.A.W dan selepasnya. Tugas mereka adalah dalam bidang-bidang berikut: Merawat, menjahit pakaian tentera, menyediakan makanan untuk mereka, member mereka air dan keperluan asas.

Ya, mungkin secara dasarnya kita tidak berada dalam waqi peperangan tetapi disebaliknya , wanita adalah tonggak utama perjuangan Islam dan keperluan mereka sentiasa dituntut. Pesanan ini buat diri saya juga yang masih mentah dan baru berusia setahun jagung dalam perjuangan ini.

3 comments:

Unknown said...

Wah, alhamdulillah. Dah menulis pun. Maryam Jameelah, kmudian kelesuan pejuang muslimat, haha, tahu murabbi kita kena marah nanti, okay, hasil kritikan terima dengan baik, teruskan menulis, menulis, dan menulis,

cool gak ah blog ni..

Mujahidin said...

saya nak bertanya perjuangan ape?

peruangan Islam au perjuanga taksub al-Azhar Members? dalam ALAM beranilah buat dan cakap macam2 tapi bila sorang2 ada berani?

..::بشرى::.. said...

salam...saya xpelik kalau muslimat kurang...sbb di zaman Nabi dulu..pmpn juga kurang ikut serta dlm peperangan...tp mereka lebih kepada membantu tentera muslimin dr sudut ubatan,minuman, jika di terjemahkan ke dunia hari ini,muslimat mesti berperanan membantu musliman dr sudut keperluan kehidupan agar mudah mereka keluar pergi berjuang...di samping memberi motivasi....muslimat juga perlu mendidik anak2 dgn baik,jika ada masa,menulis dgn baik...untuk lebih memberi dorongan kepada muslimin kepada perjuangan...namun hari ni,ada muslimat yg aktif,tapi untuk menjahit baju dan memasak untuk suami pula sangatlah naif! walhal kewajipannya dia tahu...Allah