Tuesday, November 18, 2008

AL-KISAH Tentang “Budak Hingusan”

Budak hingusan itu,seringkali ditinggalkan ibu bapanya.Bukan kerana sibuk,tetapi disebabkan saudara kembarnya seringkali sakit dan tidak boleh ditinggalkan terlalu lama.Budak hingusan itu menginjak ke usia budaK-budak,dia ditempatkan sekelas dengan saudara kembarnya dari tahun 1 sehingga tahun 6. Budak hingusan itu,agak perlahan di dalam pelajaran dan seringkali dimarahi guru matematik.Saudara kembarnya hanya mampu melihat dan akan bercerita kepada emaknya perihal si budak hingusan jika dimarahi guru.Pernah 2 kali budak hingusan itu dijahit dan yang paling diingati ketika budak hingusan terpaksa dipegang oleh 4 orang petugas hospital kerana meronta2 apabila kakinya dijahit oleh doktor.Aduh, sakit dan ngilunya.Doktor ni tak letak bius ke,bisik hatil kecilnya.Keputusan UPSR memisahkan budak hingusan itu dengan kembarnya.Kembarnya diterima masuk ke asrama manakala si budak hingusan hanya bersekolah harian yang berhampiran dengan rumahnya.Si budak hingusan agak berat berpisah dengan kembarnya.

Permulaan budak hingusan itu di sekolah menengah mengundang seribu kenangan manis,kelat,masam payau dalam hidup budak kecil itu.3 tahun budak hingusan itu bersekolah di kawasan daerah kecil..2 tahun budak hingusan itu bersekolah di sekolah Bandar.Namun budak hingusan itu paling mengingati guru Gfnya yang seringkali menceriakan hidupnya.Di cubit,dimarahi disuruh menyebabkan budak hingusan itu menyayangi gurunya sehingga memperoleh A dalam subjek tersebut.

Budak hingusan itu mengalami sedikit kejutan apabila mengaji di sekolah Bandar.Budak hingusan meneruskan pengajian di dalam aliran SN Tulen.Apa yang disangkakan telah dijangka dan menjadi igaun dalam hidupnya.Keperlahanan budak hingusan dalam pelajaran menyebabkan budak hingusan semakin bertekanan.Muka semakin cengkung di sebabkan SPM semakin hampir.Ternyata keputusan tersebut memang budak hingusan telah jangkakan.Petangnya budak hingusan menangis.Hampir 3 hari budak hingusan belajar menenangkan diri.Mak memeluk si hingusan kecil dan memberi kata-kata semangat agar teruskan belajar.Budakhingusan menunggu tawaran sambil belajar komputer.

Ketika budak hingusan sedang menyapu lantai,pak cik disebelah memberikan surat berwarna cekelet kepada budakhingusan.KIUS…begitulah.Tasik menjadi penyambut budak hingusan ketika sampai di kius..Budak hingusan menangis apabila mak ayah ingin pulang.Ketika di rumah Allah ketika sesi ngurat-mengurat,si budak hingusan menangis.Rindu pada mak tak dapat ditahan.
Kini budak hingusan itu,menginjak ke sem arbaa.Ketika ini si budakhingusan masih menaip dan tidak dapat meneruskan penaipan kerana…kita nantikan 30 tahun akan datang ketika TOB akan menjadi milik KIUS..

Di sini saya tampilkan kisah hidup budak hingusan.Inilah kali pertama saya bongkarkan hidup SI Budak Hingusan yang saya andaikan hidupnya seperti hidup saya.Banyak cerita yang saya selindungkan memandangkan tidak sesuai untuk dipaparkan buat tatapan umum.Sememangnya seronokan hidup sebagai manusia dan sebagai pelakon yang melakonkan watak yang diciptakan oleh Allah..

No comments: