Wednesday, December 17, 2008

Syukuri Nikmat Ilahi

Untuk artikel kali ini,saya akan tampilkan satu ciplakan artikel yang ditulis oleh Althafunnisa Aiwa!

Izinkan saya untuk berkongsi rasa dan mungkin nasihat buat pembaca terutama diri saya.Saya suka pada artikel 2 yang dipaparkan pada 7 Disember 2008.Terus kepada maudhu’ ,kepada Potpuri Girl,kisah saudari persis seperti saya.Alhamdulillah,sekarang saya boleh atasinya.Ya,mungkin kita takut dan belum bersedia untuk memberi komitmen yang lebih sebagai seorang sahabat.Akhirnya apabila perkara yang amat bermakna terlepas, kita rasa hidup ini seperti tiada apa-apa.Saudari ukhtifillah,let bygones be bygones.Berkata amat mudah. Dan ya! Proses untuk melupakan dia amat memeritkan. Saya telah lalui itu! Teruskan mujahadah saudari Potpuri Girl, kembalilah mencari cinta yang sebenarnya.Mengapa menanti pada sesuatu yang sudah pasti bukan milik kita. Saudari perlu tahu dan semua juga perlu ingat termasuk saya yang hina ini,kita milik Allah dan si dia juga milik Allah.apa yang lebih pada si dia sehingga kita memilih jalan derita pada makhluk yang tiada apa-apa? Saya mengerti perasaan saudari ,mendalamnya cinta kepada dia.Sama seperti saya dulu,sama sangat. Tapi renunglah cahaya yang indah di sebalik semua ini. Allah masih sayangkan saudari,biar dia pergi dan Allah menanti cinta saudari untuk-Nya.

Jalan bahagia

Saudari sayangfillah,percayalah cinta Allah tidak mengecewakan.Saya bukan berlagak alim, sedangkan saya masih dalam proses pembelajaran. Bukankah Islam itu bersaudara dan berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan kesabaran. Saudari,jalan bahagia itu Cuma satu, iaitu jalan menuju ilahi,semakin jauh kita lari daripadaNya semakin kusut hati dan perasaan.Oleh itu kembalilah mencari cinta ilahi,Dia menunggu kasih sayang dan harapan. Tingkatkan mujahadah untuk lupakan dia, dan carilah yang lebih bererti.Mujahadah memerlukan kesabaran dan keikhlasan yang cukup tinggi.Sabarlah jangan mengalah! Teruskan,Allah ada bersama.
Korean baby,hidup saudari amat bertuah.Amat bertuah dan sangat hebat.Percayalah pada apa yang saya katakana ini.Bertuahnya saudari kerana mempunyai ibu dan ayah serta arwah nenek yang amat menyayangi saudari.
Bertuahnya saudari dapat ke sekolah dan menduduki peperiksaan dengan baik.Bertuahnya saudari kerana dilahirkan oleh seorang ibu yang tabah menghadapi saat-saat antara hidup dan mati semasa melahirkan saudari.Bertuahnya saudari seorang yang cukup sempurna dan mempunyai kehidupan yang lebih jauh baik berbanding saudara kita di Darfur,Sudan,palestin dan sebagainya.
Biasalah,hamba-hamba yang Allah sayangi memang diuji,Dia tidak mahu kita jauh daripada Dia kerana kasihNya yang Maha Hebat,sangat hebat saudari.Percayalah,yakinlah pada rahmah dan mahabbah Allah.Panjatkan doa dan sabar dan ikhlas,kuatkan hubungan dengan Dia.Sungguh,saudari dapat merasai ketenagan yang abadi.Jangan pernah berhenti berharap padaNya
Senyuman masih tidak lekang apabila menbaca kisah pelajar sedih.Saya bukan tidak bersimpati,kerana saya faham apa yang dialami saya tersenyum.Bukankah menghadapi masalah dengan senyuman dan tenang lebih baik? Petua awet muda tu.
-Althafunnisa
Jujur tulisan Althafunnisa.Tidak ada sekelumit perasaan benci pada insane yang bercinta malah nasihat yang cukup manis dan ikhlas.Aku akui cinta ku pada ilahi masih belum ku temui.Terasa diriku amat kotor dan hina.Allah,Allah aku banyak melupai dan lalai padaMu.Bantu Ya Allah aku ini.

1 comment:

Unknown said...

Ai, pantang dipuji, terus tak menulis. Lama betul.

Nasihat saya, mahasiswa muslimat, persiapkanlah diri anda dengan kefahaman yang tajam. Janga asyik buat program “syok sendiri” sahaja. Event tak selesaikan masalah sebab antuna tak campur dengan yang free hair, dan macam-macam lagi!

Nasihat itu dikutip dari Rausyan-Fikir.com